Bandar Baru Kijal Jadi Bandar ‘Hantu’

18374

Oleh : Mariam Humaira’

KEMAMAN – Bandar Baru Kijal yang mula dibangunkan lapan tahun lalu kini terbiar, umpama sebuah ‘bandar hantu’.

Ahli Jawatan Kuasa Lujnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu Sazali Mohd Noor berkata, pembangunan yang menelan kos sebanyak RM143.7 juta, masih belum membawa perubahan kepada masyarakat setempat.

“ia melibatkan l2 komponen projek dianggarkan menelan kos sebanyak RM143.7 juta, ada tiga buah bangunan besar sekarang terbiar,

“Kompleks Tekstil, Kompleks Paya Lasir dan Kompleks rumah Kedai, dulu kata nak buat Gedung jualan tekstil, tapi pelabur China yang dijanjikan kerajaan tak muncul,” katanya.

Kompleks Tekstil masih kosong setelah Ranaco yang membuka kolej terpaksa dilaporkan menutupnya kerana ketiadaan pelajar

Beliau berkata demikian ketika memberikan penerangan pada Program Kupasan Isu, Manifesto dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) di pekan Kijal, pada Sabtu 24 Februari.

Menurutnya, projek mega yang dilancarkan sewaktu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal menjadi Menteri Besar itu dibangunkan diatas tanah seluas 222.82 hektar.

“Pembinaan 12 unit rumah kedai yang menelan kos RM7.3 juta, 40 unit lagi termasuk premis pejabat bernilai RM40.7 juta, pasar raya besar bernilai RM21 juta,

“Kompleks Usahawan Mara Kompleks Paya Lasir RM20 juta, perparitan fasa 1 sepanjang tiga kilometer bernilai RM15 juta, loji rawatan kumbahan bernilai RM9 juta,” jelasnya.

Kompleks Usahawan Mara Kompleks Paya Lasir RM20 juta yang dibina untuk IKS juga masih ‘sunyi’

Beliau menyifatkan projek tersebut gagal kerana sehingga kini ratusan premis perniagaan tidak disewa kecuali dua buah, Pejabat ADUN Kijal dan Pejabat Agensi Transformasi Terengganu (ATRA).

Sementara itu, dalam program yang sama, Ketua Muslimat PAS Dungun Hajah Lhairiah Mokhti kesal kerana apa yang dikatakan oleh pemimpin kerajaan BN hari ini, yang tidak menepati janji.

“bas dua alam ‘amphicoach’ adalah salah satu projek kartun……kerajaan BN berjanji untuk beli dua buah tapip berjaya beli (sampai) satu bas sahaja,

“tu pun dalam masa tiga tahun baru sampai,” ujarnya yang menambah, klip video uji pandu kenderaan tersebut yang tersebar di ‘alam maya’ amat menakutkan.

“agak menakutkan bila tengok macamana bas tu beroperasi……bila ditular di media sosial,” ujar beliau.

Turut hadir pada program anjuran Muslimat PAS Kemaman itu ialah Ketuanya, Hajah Fainah Mat.