Bajet 2020; Peruntukan Kepada Sektor Pertanian Perlu Ditambah

307

Analisa awal Bajet 2020 yang melibatkan sektor pertanian. Jika dibuat perbandingan dengan Bajet 2019, terdapat pengurangan bajet kepada beberapa Jabatan dan agensi di bawah MOA Inc.

1. Peruntukan Industri Padi dan Beras dikurangkan daripada RM69.2 juta kepada RM66.1 juta.

2. Peruntukan Jabatan Pertanian berkurangan dari RM194.1 juta kepada RM180 juta.

3. Peruntukan Jabatan Perikanan dalam Bajet 2019 sebanyak RM178.5 juta berkurangan kepada RM177 juta dalam Bajet 2020.

4. Peruntukan Bekalan Makanan Negara dikurangkan daripada RM1.393 bilion kepada RM1.314 bilion.

5. Peruntukan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengalami pengurangan daripada RM156 juta kepada RM143 juta.

6. Peruntukan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga berkurangan daripada RM215 juta kepada RM212 juta.

7. Peruntukan Industri Agromakanan dan Keusahawanan Tani menyusut daripada RM262 juta kepada RM244 juta.

8. Peruntukan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian dan Pertanian Persekutuan (FAMA) menurun daripada RM182 juta kepada RM171 juta.

9. Peruntukan Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) berkurangan RM0.4j daripada RM31.8 juta kepada RM31.4 juta.

10. Peruntukan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkurangan agak ketara daripada RM190 juta kepada RM164 juta.

11. Penurunan jumlah peruntukan kepada Latihan Kemahiran Pertanian daripada RM47.9 juta kepada RM41 juta.

12. Peruntukan Pengairan dan Saliran Pertanian berkurangan sedikit daripada RM11.5 juta kepada RM11.4 juta.

13. Peruntukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga menurun daripada RM150.6 juta kepada RM142 juta.

Setiap tahun bilangan rakyat bertambah. Bermakna jumlah mulut yang perlu disuap makanan juga bertambah. MOA ialah ‘Kementerian Makanan Negara’. Kami dalam keluarga besar pertanian bekerja demi mencukupkan jaminan bekalan makanan negara. ‘Our food, our future’.

Rasionalnya jumlah peruntukan kepada sektor pertanian perlu ditambah. Paling kurang ianya perlu dikekalkan.

Dr Azman Ibrahim