Awas! Pengkhianat Dari Bangsa Sendiri

2444
http://3.bp.blogspot.com/-XnrH8OZFv0I/UKX7IseQO8I/AAAAAAAAIVI/Bn7BykZHH2c/s320/DrAzman+Ibrahim.jpg

Oleh : Hidayah Azlin

SETIU: Ketegasan pendirian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed bahawa tiada Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT) adalah selari dengan pendirian PAS yang selama ini menunjukkan ketegasan memelihara hak Melayu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, DAP dilihat begitu bersungguh untuk mengadakan Pilihan Raya tersebut.

“Mengadakan Pilihan Raya bermakna Ahli Majlis PBT di bandar-bandar besar akan dimonopoli oleh bukan Melayu atau Bumiputera.

“Dengan itu, permainan DAP mudah ditangkap,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT) itu berkata demikian dalam laman media sosialnya, semalam, 11 Disember.

katanya, beliau menyambut baik ketegasan PM dalam isu pilihan raya PBT demi memelihara hak kaum Melayu dan Bumiputera.

Tambah Dr Azman, sejarah dunia menunjukkan golongan pengkhianat sentiasa wujud dari kalangan anak bangsa sendiri untuk mengkhianati perjuangan.

“Sejahat-jahat Israel, tetap ada Arab Palestin yang bersekongkol dengan Israel mengkhianati perjuangan Hamas.

“Dalam perjuangan orang Arab menentang penjajah, ada pengkhianat dari kalangan bangsa Arab sendiri.”

“Ketika orang Islam Indonesia menentang penjajah Belanda, orang Indonesia juga ada yang menjadi talibarut Belanda, talibarut Jepun di Malaysia usah diceritakan lagi,” jelasnya.

Oleh itu katanya DAP berusaha menghakis sedikit demi sedikit hak Melayu Islam, tetapi ramai Melayu yang rela diperkudakan DAP dan mengkhianati perjuangan bangsa sendiri.

“Walau pahit, inilah realiti…” ujarnya menutup bicara