Awas Dadah ‘Gula-gula’

1892

Media tempatan melaporkan, seramai 679 pelajar negeri Terengganu telah ditangkap di seluruh negara pada tahun 2017 kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, ketika ditemui di Majlis Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan Pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan Cendering, berkata, bagi negeri Terengganu, 38 pelajar atau bersamaan lapan peratus daripadanya adalah daripada begeri Terengganu.

Walaupun jumlah tangkapan tidak besar jika dibandingkan dengan jumlah pelajar tetapi ia ditahap merisaukan kerana isu dadah merupakan isu yang sukar ditanggani kerana trend kesalahan dadah setiap tahun berubah-ubah.

Beliau menambah, Kalau dahulu kita didedahkan penggunaan dadah jenis ganja, heroin, morfin dan sebagainya tetapi kini ada dadah jenis sintetik seperti pil kuda, syabu, ais dan sebagainya.

Sementara itu, antara dadah terbaharu ialah jenis New Psychoactive Substances (NPS) campuran bahan kimia bermula Eropah telah dikesan sejak tiga tahun lalu.

Terdapat hampir 800 jenis jenama yang berunsurkan NPS telah dikenal pasti di benua tersebut, tetapi hanya 20 jenis di kesan di Malaysia dan yang berdaftar di bawah akta racun hanya tujuh jenis sahaja.

Mohmad berkata dadah jenis baharu itu mudah dijual dalam pelbagai bentuk seperti minuman dan gula-gula dengan harga semurah RM5 berbanding dadah sintetik sebelum ini yang harganya ialah RM30 hingga RM50.

Katanya dadah tersebut dijual dengan harga yang murah kerana pengeluarannya dilakukan dalam kuantiti yang banyak dengan penggunaan kos sedikit, selain mudah mendapatkan bahan-bahan campuran.

“Dadah tersebut boleh meninggalkan kesan kegusaran dan ketakutan pada orang awam kerana mereka yang menambil dadah sebegini akan menjadi berani sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada orang awam,” katanya.

Mengenai kerjasama PDRM dengan pihak sekolah, Mohmad berkata hubungan erat antara kedua-duanya bukan setakat di peringkat negeri tetapi juga kebangsaan bagi menangani masalah jenayah di kalangan pelajar – sumber Bernama