Aturan Allah Tidak Terduga

175

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN- Pejuang Parti Islam Se-Malaysia (PAS) diingatkan agar sentiasa bekerja untuk menaikkan imej Islam dan perjuangannya tanpa beralasan kerana setiap aturan Allah tidak dapat diduga.

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata apabila kedua-dua tanggungjawab tersebut ditunaikan, maka tugasan seterusnya ialah menaikkan imej parti. dan juga pemimpin parti.

“Apa yang berlaku dalam perjuangan kita bukan di dalam perkiraan kita, tanpa kita sangka, kita jadi kerajaan Persekutuan, tanpa adanya pilih raya, pertukaran kerajaan berlaku ” ujarnya.

Ahli Parlimen Dungun itu berkata demikian ketika menyampaikan taujihat di majlis pertemuan dengan petugas dan pegawai media di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Dungun sini pada khamis lepas.

Turut hadir di pertemuan tersebut ialah Setiausaha PAS Dungun, Abd. Hamid Ismail.

Wan Hassan seterusnya mengingatkan supaya pengalaman tersebut hendaklah sentiasa menjadi ingatan.

“Bahawa kita bekerja kerana tujuan dan matlamat kita hendak menaikkan Islam, naikkan imej perjuangan Islam,” ujarnya