ATC Mercu Tanda Baharu Hulu Terengganu

1536

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

KUALA TERENGGANU – Pusat Dagangan Ajil (Ajil Trade Centre – ATC) kini menjadi mercu tanda baharu bagi daerah Hulu Terengganu apabila kompleks niaga berharga RM 18.25 juta itu kini mula beroperasi.

Ahli Jawatankuasa PAS Hulu Terengganu, YB Ustaz Maliaman Kasim berkata, bangunan tersebut kini telah disewa oleh beberapa syarikat perniagaan.

“Bangunan ATC yang kita rasmi baru ini menempatkan di situ antara agensi yang besar perniagaannya adalah Sabasun.

“ATC sekarang ini sedang dipenuh oleh peniaga. Kalau di bawah semua memang dah ada penyewa. termasuk Sabasun (yang) mengambil 12 pintu dan kedai elektrik. Cuma kita sekarang ini sedang nak tarik bank (untuk buka cawangan disini),” jelasnya.

Beliau yang juga ADUN dan Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Ajil berkata demikian dalam sidang media pada majlis Karnival Pendidikan Sifar Keciciran ke Intitut Pengajian Tinggi (IPT) di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) semalam, 9 Mei.

Menurutnya, secara umum beliau sedang merancang dan merangka pembangunan yang memfokuskan Pembangunan Institusi Pendidikan yang akan menjadi mercu tanda untuk masyarakat Ajil.

“Target saya (adalah) untuk membangunkan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) setempat, setaraf seumpama sekolah bersepadu menggunakan fasiliti, padang dan kemudahan yang sama cuma diuruskan oleh dua pengurusan yang berbeza.

“sebab saya nampak kalau di Hulu Terengganu, Kuala Berang dan Telemong sudah ada mercu pendidikan institusi pendidikan samada sekolah keolej (Cuma) di Ajil yang merupakan pintu masuk dari Kuala Lumpur, Kuantan, Kota Bharu ke Kuala Terengganu melalui LPT tiada lagi (pembangunan),” ujarnya.

Maliaman berkata, pembangunan yang sedang berjalan sekarang ini adalah Masjid Ajil yang bernilai RM12 juta menjadi mercu tanda baru bandar Ajil.

Selain itu, beliau berusaha meyakinkan pihak bank supaya buka ‘branch’ bank di bangunan tersebut.

“Setakat ini beberapa pihak bank sudah pun meninjau . kita mengharapkan adanya bank itu mungkin akan dapat membangunkan ekonomi penduduk Ajil.

“Sekarang ini orang sekitar Ajil bila nak keluarkan duit mesti ke Kuala berang . jadi makan masa dan makan belanja,” katanya.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, janji akan mewujudkan khidmat mesin ATM (Automatic Machine Teller) bukan manifesto plilihan raya ke-14 PAS Terengganu, tetapi ianya merupakan bahan kempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil sedang diusahakan.

“Tiada kata putus dari ATM. Kata bank dia nak tengok orang lain duduk dulu baru dia (pihak bank) pergi… kalau ada orang kami akan pergi,” tambah beliau.

Bangunan tersebut yang mula diwartakan pada tahun 2006 dan siap sepenuh serta diserahkan oleh UPEN kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu setelah 10 tahun berlalu iaitu 2016 yang telah dirasmikan pada 27 April 2019 oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi, Ustaz Satiful Bahri Bin Mamat.