AS Akan ‘Membayar Harga’ Atas Kematian Soleimani

337
Ribuan manusia mengiringi pengkebumian Soleimani

Setiausaha Agung Hizbullah Hassan Nasrallah hari ini mengumumkan bahawa tentera AS akan ‘membayar harga’ dan menanggung akibat atas pembunuhan Qasem Soleimani, ketua pasukan Quds elit Iran.

Nasrallah berkata Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pentadbirannya akan menyedari bahawa mereka telah kehilangan rantau ini apabila ‘keranda’ askar dan pegawai Amerika dihantar pulang.

Langkah paling adil yang diambil terhadap Amerika ialah, Hizbullah akan menentang kehadiran ketenteraan AS di rantau ini, termasuk pangkalan tentera, kapal perang dan setiap pegawai dan askar AS, katanya.

Sebaliknya Nasrallah menegaskan, orang awam AS di rantau ini atau di tempat lain tidak boleh diapa-apakan, kerana ia akan yang hanya mempercepatkan agenda Trump.

Beliau berkata selepas beberapa percubaan pembunuhan, Soleimani terbunuh dalam serangan awam memandangkan pilihan raya AS dan perkembangan serantau.

Beliau menegaskan bahawa Trump mahu merampas telaga minyak di Iraq, sambil menambah AS tidak mahu mana-mana negara menentangnya di rantau ini.

“pembunuhan Soleimani bukanlah satu peristiwa bebas dan bahawa rakyat Amerika telah melakukan perang baru di rantau ini.

“saya menyeru agar ditamatkan kehadiran ketenteraan AS di sini selepas pembunuhan Soleimani dan Abu Mahdi al-Muhandis, timbalan ketua Hashd al-Shaabi Iraq atau Angkatan Penggerak Popular (PMF),” tegasnya.