‘Artis Berhijrah’ Turut Menceriakan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3

1549

KUALA TERENGGANU – Para peserta dan pengunjung Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3 akan dapat mendengar rakaman khas ucapan Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Yusuf al-Qaradhawi.

Pengarah Promosi dan Publisiti Ijtimak Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, kebarangkalian tokoh dunia itu untuk hadir ke program pada 19 hingga 22hb Mac ini, adalah terlalu tipis.

“Sheikh Yusuf al-Qaradhawi……….kebarangkalianya untuk hadir (adalah tipis) kerana factor Tambah kesihatannya (selain yang) kedua, beliau dibawah sekatan perjalan antarabangsa,

“Kita (akan) usaha untuk dapatkan rakaman suara dia untuk dipancarkan di majlis perasmian,”ujarnya ketika memberikan taklimat tentang aktiviti promosi dan publisiti Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3.

Riduan Mohd NorNamun begitu, kata beliau, 30 orang tokoh-tokoh besar Islam dunia telah pun mengesahkan untuk hadir, termasuk ‘ikon Arab Spring’ yang juga Ketua parti En-Nahdha, Rashid Ganushi.

Beliau melahirkan sedikit kebimbangan kerana katanya, ada ‘unsur-unsur sabotaj’ yang menjadi cabaran kepada program Ijtimak anjuran oleh Pejabat Naib Pengerursi Kesatuan Ulamak Sedunia itu.

“kita bimbang………memang ada (unsir) sabotaj (kepada) program kita……….ada pihak yang menuduh, kita mendapat sumbangan dari musuh untuk membiayai program ini.

“perjalanan tokoh-tokoh yang kita jemput juga mungkin menghadapi ‘dugaan’,”kata beliau.

Namun begitu katanya, pihak Jawatakuasa Panitia Induk Ijtimak tetap mensasarkan kehadiran seramai 200,000 orang.

Katanya, mereka yang akan turut serta menjadi peserta Ijtimak adalah di kalangan selebriti yang telah berhijrah, yang akan memeriahkan lagi Ijtimak pada kali ini.

“In sha Allah, ramai selebriti yang akan hadir termasuk Abby Abadi, Bob Lokman, Zuar XPDC dan beberapa lain yang akan menjadi kejutan dan memeriahkan Ijtimak (kali ini),”jelasnya.

Katanya, beliau berharap seluruh masyarakat membawa kelarga dan anak-anak, mengunjungi Ijtimak yang diadakan selama tiga hari itu.

“In sha Allah……..mereka akan berasa seronok dan ceria untuk berada di Ijtimak Alami (Antarabangsa) ini,”tambahnya