ARC Dan Orang Muda ‘Berpisah Tiada’

2275

Oleh : Azizah Mahmood

Setiap kali program besar PAS pasti akan ada di dalamnya acara ‘konvoi bermotosikal’ anjuran ARC yang tidak dapat dipisahkan dengan dunia orang muda.

Pada kali ini, hujung minggu lalu di Kuala Terenggannu, konvoi ARC dan anak-anak muda begitu gah melalui Jalan Jambatan Sultan Mahmud dan Jalan Tengku Mizan menuju Himpunan Fastaqim 2.0, di pantai Tok Jembal, Kuala Nerus.

Dengan baju hijau seragam mereka menunggang penuh disiplin, tarbiyah yang telah di didik melalui Kelab Motosikal Pilihan (Alternative Riding Club – ARC)

Akhlak Islam dalam pemacuan motosikal dijaga rapi, menjadi cerminan bagi golongan muda yang bersama dengan ‘Mat Rempit Hijau’ ini.

Ketua ARC Malaysia, Wan M. Ridzuan Wan Husin berkata lebih lapan ribu lebih peserta menunggu di kepala jambatan Sultan Mahmud dan diikuti yang lainnya dalam anggaran jarak 5 km panjangnya konvoi itu.

Konvoi yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bertolak lebih kurang jam 2.30 petang dan sampai lebih kurang pada jam 3.45 petang di tapak Fastaqim 2.0.

“saya mengalu alukan kehadiran (dan penyertaan) ahli-ahli ARC seluruh Malaysia ke Fastaqim 2.0 di Tok Jembal dan tunjukkan sokongan anak-anak muda semua kepada fastaqim,” kata Wan yang di temui di kanopi ARC, yang sentiasa di kunjungi ramai anak-anak muda seluruh Malaysia.

Pameran motor dan penerangan berkenaan kelab ARC disampaikan oleh ahli-ahli ARC yang sudah dua hari berkampung di Fastaqim 2.0 semenjak 29 dan 30 Oktober lagi .

Seorang pengunjung yang memperkenal dirinya sebagai Hakim, 21, berkata beliau gembira kerana dapat menyertai konvoi yang bersejarah itu.

“saya tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta jika ada konvoi ARC ini, saya selalu berdua dengan kawan saya dulu saja-saja ikut,

 

“sekarang dah jadi minat. Saya sentiasa menunggu peluang berkonvoi ini lagi…..hari ini konvoi paling panjang dan ramai pernah saya ikut,” kata anak muda dari Kampung Pengkalan Arang itu.

Kepala ARC Malaysia menambah, sukan permotoran adalah baik untuk anak muda tetapi perlu dibimbing dengan agama, supaya ia selamat dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya sesuatu yang baik perlu dibentuk dari awal, tidak salah bermotor tapi biar ada tatacara supaya selamat dan mengembirakan,” kata M.Ridzuan mengakhiri pertemuan