Apabila PAS Dibenci

171

Alhamdulillah, dibenci oleh orang kafir yang bencikan Islam. Tiada kafir yang membenci sesama kafir atau sekutu kepada si kafir. Tetapi si kafir yang tegar, akan membenci kepada golongan yang benar-benar berusaha melaksanakan Islam.

Kita boleh berkerjasama dengan orang kafir yang tidak memusuhi Islam, tiada masalah. Boleh juga membuat gencatan senjata dengan kafir yang benar-benar memusuhi Islam kerana Islam agama perdamaian.

Tetapi menjadi khadam kepada kafir yang mana kita berada dalam majoriti di negara kita sendiri, insyaAllah tidak sekali-kali.

Boleh duduk semeja berunding kerana kita mengamalkan muwajahah silmiyyah iaitu pertembungan secara damai dengan musuh. Kita boleh menerang kepada mereka.

Bagaimana boleh mereka mengatakan PAS membawa perpecahan kepada masyarakat tanpa bukti? Tidakkah mereka lihat di Kelantan dan Kedah yang mempunyai kuil-kuil Buddha yang besar? Bilakah PAS mengajak rakyat memusnahkan perpaduan negara atas nama Islam? Paderi diajar menipukah?

Di manakah ketua gereja mereka apabila Zakir Naik hadir menerangkan kesalahan-kesalahan dalam Bible? Tidak beranikah mereka berhadapan dengan Zakir Naik? Kemudiannya menolak dakwaan benar Ustaz Nik Zawawi berkenaan Bible yang diubah?

Ya, kita pernah memilih berkerjasama dengan mereka contohnya dengan PBS dahulu bagi kepentingan agama dan negara dengan syarat dalam keadaan kita tidak menjadi khadam kepada mereka.

Bencilah jika si kafir mahu membenci. PAS bukan untuk disayangi jika menjadi budak atau hamba atau khadam kepada mereka.

Mohd Nasir Abdullah
5 Oktober 2020