Anita Baharom Lebih Tenang Selepas Bertudung

740

Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri ‘Dunia Baru’, Anita Baharom mendedahkan yang dia kini berasa lebih tenang selepas mengenakan tudung semenjak beberapa bulan yang lalu.

AnitaBaharom1“Alhamdulillah, kini selepas bertudung, saya rasa lebih tenang. Sebenarnya, saya sudah lama berniat untuk mengenakan hijab. Namun saya tak tahu bila masanya. Beberapa bulan yang lalu, suami saya yang merupakan seorang penerbit di sebuah stesen televisyen menjalani penggambaran di Tanah Suci Mekah dan perubahan saya bermula selepas mendapat pengalaman di sana,” jelas Anita memulakan perbualan.

“Hati saya tergerak untuk mengikut sekali suami saya ke sana. Tujuan saya bukanlah hendak ‘kacau’ suami menjalani penggambaran tetapi saya memang sudah lama pasang niat ke Mekah. Alang-alang suami saya mahu ke sana, jadi saya sudah mempunyai mahram untuk menunaikan ibadah Umrah. Alhamdulillah, saya mula mengenakan tudung ketika berada di lapangan terbang sebelum berlepas ke Mekah sehinggalah ke hari ini,” ujar Anita lagi.