Ameerah Prihatin Mangsa Banjir

6360
Gambar fail

Oleh : RR

KUALA TERENGGANU – Ameerah negeri Terengganu turut prihatin kepada mangsa – mangsa bencana banjir yang sedang berlaku di negeri ini sekarang ini.

Pengarahnya, YB Hajah Zuraida Md Noor berkata, Ameerah seluruh negeri akan mengerakkan usaha mencari sumbangan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa- mangsa tersebut.

“Kami akan berusaha untuk mencari sumbangan dalam bentuk makanan.

“(Dan) membantu membersihkan rumah agar dapat meringankan beban mangsa banjir,” jelasnya.

Gambar fail

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita negeri Terengganu berkata demikian ketika dihubungi semalam, 15 Desember.

Sebanyak 13 kampung di sepanjang Sungai Brang yang dijangka dilanda banjir dan antaranya ialah Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Paya Besar, Kampung Batu 24, Kampung Menerong, Kampung Pelata dan Kampung Kua.

Seramai 145 orang daripada 32 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara berbanding 666 orang sebelumnya.

Menurut Ketua Seketariat Pengurusan Bencana negeri Leftenan Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman, keadaan banjir di Terengganu semakin pulih di Setiu dan Hulu Terengganu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, sehingga jam enam petang semalam, hanya lima pusat pemindahan masih dibuka di daerah Kemaman.