Ambil Peluang Perkasakan LATAS

159

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Ahli Jawatankuasa Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar(LATAS) Muslimat PAS diseru untuk mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan Terengganu untuk memperkasakan lajnah.

Timbalan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Dr Azman  Ibrahim berkata, untuk itu adalah sangat mustahak mereka memahami misi dan visi yang bertepatan dengan kehendak lajnah.

“Dengan itu sebarang aktiviti dapat dirancang sebaiknya dan mengambil peluang yang di sediakan kerajaan negeri, ” ujarnya.

Harapan demikian disuarakan oleh Dr. Azman ketika kunjungan hormat lajnah tersebut ke pejabatnya di Tingkat Enam, Wisma Darul Iman di sini pada 25 Ogos.

Sehubungan dengan itu pengerusi Lajnah tersebut, Rohani Awang berkata, pihaknya menyahut saranan tersebut dan cuba melaksanakan di semua kawasan dalam negeri Terengganu.

“Harapan kita untuk merealisasikan impian Terengganu maju, berkat dan sejahtera melalui bidang yang kita ceburi ( pertanian),” jelasnya kepada petugas media ketika ditemui selepas kunjungan itu.

Menurutnya, kunjungan tersebut lebih kepada membincangkan beberapa perkara pokok untuk memanfaat sebaiknya peluang pertanian yang di sediakan kerajaan negeri.

” Khususnya untuk golongan B40 dan juga golongan wanita di luar sana yang berminat dan berpotensi memajukan diri dalam bidang pertanian, ” tambah beliau.