Ambil Peluang Muafakat Nasional

170

Oleh : Adli Mohamad

HULU TERENGGANU- Pemuda PAS disarankan mengambil peluang daripada Muafakat Nasional yang terjalin diantara parti PAS dan UMNO bagi menunjukkan akhlak perjuangan Islam sebenar.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ir. Khairil Nizam Khirudin, bagi memberi kesedaran kepada semua golongan termasuk pemuda kepada cara hidup Islam.

“Kita yakin dan percaya sekiranya pemuda-pemuda PAS mempunyai akhlak berjemaah (dan) mempunyai disiplin yang tinggi.

“Serta mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah SWT dengan ‘biiznillah’, Allah akan memberikan kemenangan kepada kita didalam PRU ke- 15,”tegasnya.

Beliau berucap demikian ketika Program Perasmian Himpunan Pemuda Islam Negeri Terengganu (HIMPIT), yang disempurnakan oleh Pesuruh Jaya (PJ) PAS Negeri Terengganu,Dato’ Hussain Awang, pada Jumaat 20 september.

Muafakat Nasional yang terjalin diantara PAS dan UMNO itu menurutnya telah diluluskan di peringkat Syura Ulama PAS.

“Memberitahu kepada kita bahawa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden PAS membuka pintus seluas-luasnya (iaitu) pintu kemaafan kepada rakan-rakan kita dari Barisan Nasional semata-mata untuk mencapai kemenangan Islam,” jelasnya.

Dakwanya, hanya ilmu dengan penyatuan sahaja Islam akan mencapai kemenangan.

“Sebab itulah kepimpinam PAS yang didokong oleh Tuan Guru Presiden PAS mengambil langkah panjang melaksanakan gagasan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 untuk menyatukan ummah,” katanya.

Walau bagaimanapun menurutnya jalinan kerjasama itu mempunyai syarat-syarat tertentu diataranya mesti berteraskan kepada keadilan Islam.

“Dimana keadilan Islam ini lebih komprehensif definisnya.

“Meletakkan sesuatu di tempatnya,… perjuangan bersifat bangsa dibolehkan dalam keadaan ia masih lagi berada didalam kerangka Islam,” ucapnya di himpunan berkenaan.