Amaran Imran; India Dan Pakistan Hadapi Risiko Perang Nuklear

252

Pakistan dan India menghadapi risiko berlaku peperangan berikutan tindakan terbaru New Delhi terhadap konflik di Kashmir.

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan percaya, ia mungkin tidak dapat dielakkan ekoran tindaka rejim BJP melucutkan hak-hak istimewa rantau tersebut.

“Lapan juta umat Islam di Kashmir berada di bawah pengepungan selama hampir enam minggu, dan mengapa ini boleh menjadi titik balik antara India dan Pakistan,

“apa yang kita sudah tahu India cuba lakukan adalah mengalihkan perhatian dari pencabulan haram mereka dan pembunuhan beramai-ramai mereka di Kashmir,” tegasnya

Bahkan sebaliknya, kata Imran, India mengambil perhatian dengan menyalahkan Pakistan atas keganasan yang berlaku, walaupun beliau menekankan, Pakistan tidak pernah memulakan persengketaan.

“Pakistan tidak akan pernah memulakan peperangan, dan saya jelaskan saya (seorang) anti perang, saya percaya perang tidak menyelesaikan sebarang masalah,” katanya.

Tetapi, beliau menambah, apabila dua negara bersenjata nuklear bertempur, jika pertarungan di medan perang konvensional, ada kemungkinan akan berakhir dengan perang nuklear.

Oleh itu, jelas beliau, Pakistan mengambil langkan aman dan dipolasi dengan mendekati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyertai setiap forum antarabangsa.

Justeru itu, beliau menggesa PBB perlu bertindak sekarang kerana ini adalah potensi bencana yang dahsyar akan melangkaui benua kecil tersebut.

Sehingga baru-baru ini, Pakistan telah membuat percubaan untuk membuka dialog dengan India berhubung isu panas Kashmir itu.

“untuk hidup sebagai jiran bertamadun, untuk menyelesaikan perbezaan kami [di Kashmir] … melalui penyelesaian politik,

“Kami mendapati bahawa ketika kami cuba mengadakan dialog, mereka cuba mendorong kami dalam senarai hitam di FATF [Pasukan Petugas Tindakan Kewangan] … Jika Pakistan ditolak ke senarai hitam FATF yang bermaksud akan ada sekatan terhadap Pakistan.

“Jadi, mereka cuba membongkarkan kami secara ekonomi, jadi ketika kami ditarik balik, dan ketika itulah kami menyadari bahawa kerajaan ini sedang dalam agenda … untuk menimbulkan bencana Pakistan, ” kata Imran Khan.