AMAL dan ARC Berganding Bahu Agih Bantuan Banjir

2049

Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT – Jabatan Amal Malaysia (AMAL) bersama Kelab Bermotorsikal Alternative Riding Club (ARC) Besut berganding bahu mmemindahkan mangsa dan mengagihkan bantuan banjir di Hulu Besut.

Komander Amal Besut, Mohd Luqman Hakim berkata Skuad Amal dan ARC terus bergegas ketempat yang dilanda bencana setelah mendapat maklumat dari orang ramai.

“Sebaik sahaja menerima laporan tentang bencana banjir, satu pusat pemantauan banjir dibawah Khidmat Malaysia Kawasan Besut telah dibuka berhampiran Bandar Jertih.

“Setakat petang tadi seramai 242 orang mangsa telah dipindahkan yang melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung La, Kampung Felda Tenang dan Kampung Balaoh.

“Akibat daripada air deras dan dalam di Kampung Balaoh menyebabkan pasukan kami tidak dapat meneruskan bantuan ke Kampung La. Kerjasama dari Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) banyak membantu bagi memindahkan mangsa bencana ke tempat pemindahan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pihak media di Kampung Padang Bual, Besut.

“Memandangkan hujan lebat secara berterusan, pasukan kami terpaksa mengawasi kawasan-kawasan yang berisiko untuk banjir. Saya nasihatkan kepada penduduk kampung agar sentiasa mendengar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa daripada mengelakkan sebarang insiden yang buruk,” tambah beliau

Beliau juga menyatakan kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan boleh berhubung secara terus dengan wakil Khidmat Malaysia.