Akhbar Overseas Chinese Daily Cemar Etika Kewartawanan

327

PAS Terengganu mengecam kebiadaban akhbar Overseas Chinese Daily News yang beroperasi di Sabah kerana mengeluarkan laporan akhbar yang salah dan juga gambar Presiden PAS dan Presiden UMNO yang diubah sehingga memberi gambaran yang menyimpang terhadap makna sebenar Muafakat Nasional ini.

2. Kebebasan bersuara bukanlah suatu tiket untuk setiap orang yang waras menyebarkan mesej yang salah apatah lagi menjadi alat untuk mengugat keharmonian dalam masyarakat. Tindakan akhbar ini ternyata mempunyai makna yang lain kerana rata-rata warganet tanpa mengira parti atau kaum mengecam tindakan ini. Apakah melihat kerjasama PAS dan UMNO begitu menggugat mereka sehingga berani bertindak sebegini?

3. Muafakat Nasional diantara PAS dan UMNO telah mendapat liputan luas sama ada dalam mahupun luar Negera. Jika kita perhatikan akhbar luar seperti al-jazeera ternyata lebih beretika dan bersifat professional dalam membuat lipatan. Tapi apa yang malang bagi kita di Malaysia ini ialah apabila akhbar berbahasa cina ini ternyata gagal mempamerkan etika kewartawan yang boleh dihormati. Apakah ini yang cuba ditonjolkan di era Malaysia Baru? Dengan mengubah gambar presiden dan menyediakan laporan yang salah?

4. Kami menggesa agar permohonan maaf dilakukan dengan segera dan menyokong penuh usaha Setiausaha Agung PAS untuk mengambil tindakan perundangan terhadap akhbar berbahasa cina ini. Apa-apa tindakan yang bakal mengundang huru-hara dalam masyarakat perlulah dikekang dengan segera apatah lagi bila ia melibatkan akhbar yang mana rata-rata pembaca akhbar ini mungkin mendapat gambaran palsu terhadap kerjasama PAS dan UMNO.

5. Kerjasama PAS dan UMNO dalam Muafakat Nasional bukan kerana politik semata-mata tapi ia merupakan ambisi yang lebih besar sebagaimana yang termaktub dalam piagam Muafakat Nasional yang telah ditandatangani oleh kedua-dua Presiden Parti Melayu Islam terbesar di Malaysia ini. Kerjasama ini demi mengembalikan keadilan dan kestabilan negara yang tergugat setelah PH mengambil alih tapak pentadbiran Negera.

6. Kami berharap agar semua pihak dapat merujuk kepada Jawatankuasa Muafakat Nasional terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan yang berbau fitnah sehingga akhirnya berdepan dengan tindakan yang merugikan.

YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu.