Ahmad Said Sedang Mengatur ‘Bidak-bidak Catur’ Politiknya

405

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/07/ahmadcatur.gifKalau tidak diatur segalanya, Dato’ Ahmad Said akan mencipta satu lagi sejarah politik peribadi dan sejarah politik Umno Terengganu sebagai seorang negarawan yang akan menyumbangkan khidmat baktinya kepada negara Malaysia.

Kalau tidak diatur langsung, mungkin juga Menteri Besar ‘Istana’ itu akan tinggal sebagai bahan sejarah, panduan undang-undang Malaysia bagaimana pelantikan seorang Menteri Besar itu sebenarnya, Sultan yang berkuasa penuh.

Kalau Ahmad tidak mengatur, apa akan jadi kepada politik Kemaman, bahagian yang paling bermasalah, dengan seorang ADUN yang didakwa SPRM terlibat rasuah dan seorang Naib Ketua Pemuda yang ditangkap polis kerana dadah.

Apa pula nasib Mad Nizam, anak didik Ahmad sekian lama? DUN selamat Air Putih telah pun disapu oleh Wan Hakim, anak mantan MB, Tan Sri Wan Mokhtar.

Sudah tidak ada masa, kalau tidak diatur sekarang kerana pilihanraya umum ke-13 sudah menjenguk-jenguk dijendela politik Malaysia.

Menteri Besar ‘Zam-Zam Al-Kazam’

Oleh itu, tindakan politik bagi menyelamatkan keadaan mesti diambil, demi mengubah takdir yang ‘khabarnya’ akan turun dari Menara Umno, Kuala Lumpur.

Pembawa-pembawa berita umpama ‘malaikat maut’ sudah pun berlegar-legar di ruang angkasa Terengganu, membawa khabar hitam yang tidak sanggup dihadapi oleh Ahmad Said dan Umno Bahagian Kemaman.

Khabar dari Putrajaya memberitakan, Ahmad tidak sesuai, untuk dibiarkan hidup dalam politik dengan kuasa ‘zam-zam alkazam’ sebagai menteri besar Terengganu.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/07/idrismadsaidx.gifKuasa ‘mee segera’ dengan sekelip mata, ADUN Kijal naik takhta, menjadi Menteri Besar kepada sebuah negeri, antara negeri yang paling lumayan hasil petroleum seantero Malaysia

Bayangkanlah, Petronas buat duit RM700 juta sehari, dengan ‘mencucuk dan mengempiskan’ perut bumi Terengganu dengan menyedut hasil emas hitam yang masih menjadi bahan api utama dunia.

Sebab itulah bekas Ketua Umno Bahagian Besut, bersungguh-sungguh bertempik ‘gelombang biru’ sehingga timbul urat ‘merikh’ ditengkuknya dulu!

Begitu bersungguh-sungguh anak ‘Tauke Soh’ itu kerana Deris sudah nampak pitih RM700 juta yang mengalir saban hari dari telaga-telaga sebanyak 31 buah di lapangan minyak dan sebanyak 8 buah di lapangan gas, semuanya diperairan Terengganu.

Kalau jadi macam negeri yang Umno kalah, negeri Kedah sekarang, tak ada siapa yang nak bertempik ‘apa-apa gelombang’ kerana sudahlah hutang ‘bertempek-tempek’, hasil negeri tak seberapa mana.

Kalau Deris ada ditakdirkan tinggal di negeri Kedah, dia pun tak mahu sampai ‘tegang-tegang urat betis’ kayuh beca roda tiga keliling bandar Kuala Terengganu.

Sebab Deris nampak ‘pitih’!
http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/07/hisham_keris.jpeg
Sekali bertempik ‘gelombang biru’ depan Pak Lah selaku pengerusi perhubungan umno ketika itu, sekali ‘deal’ termeterai dengan MoU wang ehsan berjuta ringgit untuk projek-projek suku sakat dan kaum kerabat.

Munasabahlah Deris jadi ‘layu’ kalu pun ‘dok mapuh’ (meminjam bahasa orang Besut sendiri) macam ayam berak kapur, bila istana Terengganu menolaknya dan memilih Ahmad Said menjadi MB, sekoyong-koyongnya!

Keris Hisham Lebih Panjang

Kini, giliran Ahmad pula, berhempas pulas menghadapi ‘gelombang pitih dan rasuah’ yang sudah menjadi barah dalam Umno sebagaimana dakwaan bekas Presidennya Tun Mahathir.

Sebab gelombang berebut projek dan laba memang sudah menjadi agenda pemimpin Umno bak kata pepatah orang-orang muda le ni, ‘kalu nak kaya, masuk Umno’.

Baca Lagi Dari Sumber>>