Ahli PAS Perlu Hadapi Apa Jua Rintangan

556

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Ahli PAS di semua peringkat perlu bersedia menghadapi apa jua rintangan dan situasi yang semakin hari semakin mencabar.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, dalam melatih setiap ahli PAS agar memiliki kekentalan, dan bersedia dengan apa jua situasi maka memerlukan latihan dari aspek rohani dan jasmani.

“Kerana itu perlu kepada kita untuk sentiasa melazimi majli-majlis ilmu terutamanya kalangan pemuda PAS, untuk pemantapan rohani.

“Dari sudut Jasmani MTD Bukit Besi telah merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti mukhayam sebagaimana yang kita adakan hari ini dan akan melakukan pelbagai aktiviti agar kita bersedia menghadapi apa jua keadaan dan situasi.

“erta mengajar agar setiap kita patuh pada arahan pimpinan, sehingga jika pemimpin mengarahkan tidur didalam hutan, pantai kita bersedia, hinggakan tidur di celah pokok, mahupun diatas pokok kita bersedia,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media, ketika berucap pada Program Mukhayam di Peringkat MTD Bukit Besi di Pasir Jelu, Tepus Bukit Besi, pada Jumaat 26 April.

Menurut beliau, pejuang Islam di Peringkat DUN Berkenaan telah diingatkan perjuangan masih panjang, dan masih banyak perkara yang perlu ditempuhi.

“Saya mendoakan agar semua terus istiqamah dengan perjuangan ini.

“Berperananlah bagi membantu PAS Bukit Besi, jangan menjadi duri dalam daging serta pengadu domba untuk menghantuk diantara satu sama lain supaya bencikan individu tertentu serta ada niat serong, kena sama-sama perbetulkan niat semata-mata kerana Allah,” jelasnya.

Sehubungan itu Timbalan Pengerusi MTD PAS Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, program dalaman seperti mukhayam ini mampu menyatukan fikrah disamping mengeratkan silaturrahim.

“Program sebagaimana yang kita adakan pada hari ini yang melibatkan seluruh AJK didalam peringkat MTD kecuali muslimat yang tidak terlibat pada program mukhayam pada kali ini merupakan satu tunjang asas bagi kita didalam membentuk fikrah dan wala kepada kepimpinan.

“InsyaAllah kita akan cuba jadikan program mukhayam sebagai salah satu program wajib tahunan bagi setiap ahli dan pendokong parti baik di peringkat mana sekalipun,

“dan kita akan mewajibkan kepada seluruh AJK PAS dan InsyaAllah kepada setiap ahli PAS untuk sertai pelbagai program dan agenda yang kita rancangkan bagi membina kemantapan dan kekuatan jemaah PAS di DUN Bukit Besi ini, ” jelasnya.