Ahli PAS Hulu Besut Bertambah 500 Orang

760
Cikgu Solah menerima 500 keping sijil ahli baharu PAS Hulu Besut

BESUT – PAS DUN Hulu Besut mengucapkan syukur kerana dapat menambah jumlah anggotanya seramai 500 orang sejak pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang lalu.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Hulu Besut, Cikgu Shalahudin Jaafar berkata, ia adalah kerja keras semua ahli dan penyokong PAS di DUN terbabit.

“Kita di DUN tambah 500 orang dan di peringkat kawasan (Besut) tambah 2500 orang. Jadi kita ucap terima kasih (kepada) PAS pusat (kerana) telah meluluskan keahlian baru bagi kawasan Besut dan DUN Hulu Besut.

“Insya Allah kita akan meningkatkan usaha bagi menarik lebih ramai anak-anak muda menyertai PAS,” jelasnya.

Mantan Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Besut berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Komen beliau adalah bagi mengulas berkenaan penerimaan sijil keahlian baru PAS daripada Setiausaha Agung Pusat, Dato’ Takiyuddin Hassan pada Muktamar PAS kawasan Besut, Sabtu lalu, 25 Mei.

Oleh itu, beliau yakin PAS akan dapat memenangi DUN Hulu Besut pada PRU ke 15 yang akan datang berdasarkan prestasi politik semasa.

“Kita dapat mengurang jumlah undi BN pada PRU ke 13 yang lalu. Dengan kemenangan PAS Terengganu peluang bertambah luas apabila kita terus berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.

Untuk rekod beliau yang mewakili PAS kalah sebanyak 1570 pada PRU ke 13 dan calon Mat Daik Mohamad mendapat undi sebanyak 1469 pada PRU 14.