Agih Tanah Bukan Untuk Pancing Undi

1666

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Kerajaan PAS negeri Terengganu PAS mengagihkan tanah kepada rakyat bukan sebagai alat pancing undi sebagaimana amalan kerajaan sebelum ini.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Buukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, pemberian melalui Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) untuk pertanian adalah usaha kerajaan mengurangkan kemiskinan rakyat di luar bandar.

“Masyarakat kampung sinonim dengan pertanian. Di kawasan ini pada adatnya mempunyai tanah yang luar untuk diusahakan mereka.

“Tidak sepatutnya, isu tanah zaman berzaman dijadikan mekanisme untuk meraih undi dalam pilihanraya. Sedangkan isu tanah yang bertahun-tahun tidak selesai permasalahan pemilikan, hanya dipermainkan.

“Kerana itu PAS berusaha bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan nasib penduduk,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, semasa hadir memberi taklimat kepada penduduk Kuala Jengai, di Balai Orang Ramai, Kuala Jengai, hari ini.

Penduduk Kuala Jengai mendengar dengan minat taklimat yang diberikan

Menurutnya hasrat penduduk Kuala Jengai untuk mengusahakan tanah RTB yang telah lama dipohon, menjadi kenyataan, apabila ia diluluskan.

“Kita harapkan agar tanah RTB yang diangkat ini dijadikan aset semata-mata dan terbiar tanpa diusahakan.

“Adalah diharapkan mendatangkan hasil, dengan diusahakan pelbagai jenis pertanian yang boleh mendatangkan keuntungan,” jelasnya.

Menurut beliau, masyarakat desa tidak mengharapkan kemajuan berupa bangunan tinggi dan tersergam indah, yang mereka mahukan adalah tanah untuk mereka usahakan.

“Diantara sebab kita agihkan awal tanah tanah yang diluluskan ini .

“Adalah agar tiada yang mengatakan ianya semata-mata umpan pilihanraya,” tegasnya