Agih 200 Pasang Pakaian Sekolah

436

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – PAS cawangan Felda Tenang telah mengagihkan sebanyak 200 pasang pakaian sekolah kepada anak- anak peneroka dan generasi kedua di kawasan anah rancangan itu.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, beliau mengambil tanggungjawab mengagihkan barangan tersebut kepada pelajar sekolah rendah.

“Pakaian sekolah ini adalah sumbangan NGO GENERASI iaitu sebuah Ngo yang ditubuhkan Oleh PAS Pusat bagi memperjuangkan nasib peneroka.

“Saya Mewakili GENERASI menyampaikan sumbangan tersebut kepada pelajar sekolah yang terdiri daripada anak-anak peneroka dan generasi kedua,” jelasnya.

Beliau yang juga Setiausaha PAS kawasan Besut berkata demikian ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, sumbangan tersebut bagi meringankan bebanan ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk membeli alatan sekolah yang menjelang tahun baru 2020.

“Ekonomi peneroka agak terjejas dengan harga sawit yang rendah Dan musim tengkujuh,” tambah Salahuddin.