ACC, Daya Penarik Orang Muda Bersama PAS

573

Oleh: Abdul Muhaimin Muhammed
SETIU-Penubuhan kelab berbasikal Alternative Cycling Club (ACC) Permaisuri dijangka akan dapat menarik golongan belia untuk cenderung bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Menurut Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir beliau optimis penubuhan ACC bakal mengikut jejak langkah Alternative Riding Club (ARC) yang telah memberi kesan besar kepada parti dengan penyertaan anak muda untuk bersama PAS.

Majlis pelancaran Alternatif Cycling Club Permaisuri

“…tahniah kepada jawatankuasa Pemuda PAS Permaisuri yang peka dengan kehendak semasa anak muda terutama di Permaisuri.

Kita boleh lihat contoh kelab motosikal, Alternative Riding Club (ARC) yang telah menunjukkan impak positif kepada kekuatan jemaah kita.”
ujarnya setelah merasmikan gimik pelancaran kelab itu di Dewan Dato’ Abu Bakar Chik, Guntung Luar di sini pada 2 Januari.

Sementara itu Shaharizukirnain yang juga Ahli Parlimen Setiu berharap belia dapat menjaga adab pemakaian dan sentiasa mengikut suruhan Agama dalam apa juga yang mereka lakukan.

“…dalam masa yang sama, kita perlu ikuti saranan Kerajaan Negeri melalui kenyataan Pengerusi Belia, Sukan & NGO Ustaz Wan Sukairi Abdullah, dalam menjaga adab pemakaian serta hubungan kita dengan Allah.

waktu solat kita wajib solat, waktu bersukan kita bersukan.” tegasnya lagi yang turut menyampaikan sumbangan peralatan sukan dimajlis berkenaan.