97 Anak Yatim Dan Miskin ‘Shopping Raya’

338

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Seramai 97 orang anak anak yatim dan miskin dalam DUN Wakaf Mempelam membuat persediaan hari lebaran dengan program ‘shopping raya’ di sebuah gedung beli belah, di sini.

Timbalan Pengarah Dua, Majlis Tindakan DUN Wakaf Mempelam, Radzali Abd  Ghani berkata program berkenaan merupakan rutin tahunan DUN tersebut setiap kali menjelang Hari Raya.

“Alhamdulillah, di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan mewakili YB (YB Ustaz Wan Sukairi Abdullah) mengambil tugasan yang   menguruskan 100 orang anak yatim dan miskin untuk membeli keperluan raya saperti baju melayu, kasut dan sebagainya.

“Suka dan terharu melihat keceriaan mereka,” ujarnya yang turut serta menemani anak anak ini, di Mydin Mall di sini pada 18 Mei. .

Menurutnya sebanyak dua buah bas disediakan untuk membawa peserta ke pusat membeli belah terbesar di Terengganu itu.

Manakala isteri ADUN Wakaf Mempelam, Dr Fadzilah Ismail turut serta meraikan anak-anak berkenaan dalam program tersebut.

“Takkala kita bergembira, jangan kita lupa ada yang di luar sana bersedih kerana tidak mampu menyediakan keperluan menjelang raya yang bakal tiba tak lama lagi,” ujarnya ketika berucap di hadapan 150 orang ibu bapa yang turut serta dalam program “Jom Shopping Raya “.

Turut bersama-sama Ahli Jawatankuasa lajnah dan Skuad Khidmat DUN melayan anak-anak tersebut berbelanja ialah Setiausaha, Ustaz Wan Faizul Wan Abas.