9000 Rumah Dapat Bubur Lambuk

257

28 Periuk bubur lambuk bersamaan kira-kira 6000 bekas bubur lambuk percuma diedarkan kepada warga Dun Wakaf Mempelam melalui MPKK. Program ini dijalankan sebagai tanda ingat dan untuk memeriahkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini. Wan Sukairi Wan Abdullah #wakafmempelamsejahtera #majuberkatsejahtera

Posted by Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah on Wednesday, May 6, 2020

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 9000 buah rumah dalam kawasan DUN Wakaf Mempelam diagihkan bubur lambuk percuma secara berperingkat.

Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pembahagian di buat selama dua hari iaitu pada 4 dan 6 mei 2020 membabitkan 34 buah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Hampir setiap tahun ketika ramadhan kami mengagihkannya, cuma kali ini lebih besar.

“Tahun ini, target kami adalah mengagihkan ke semua rumah dalam DUN Wakaf Mempelam sebanyak hampir 9000 buah,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri berkata demikian ketika dihubungi semalam, 6 Mei.

Menurutnya, pembahagian bubur lambuk ini adalah program tradisi pusat khidmat DUN pada setiap tahun.

“Pada fasa pertama iaitu 4 Mei, kami dapat agihkan hampir 5,000 bekas bubur lambuk ke 17 MPKK dan selebihnya kami agihkan semalam pada 17 MPKK yang lain,” ujar Wan Sukairi.

Justeru itu, beliau berharap program ini dapat membantu rakyat sedikit sebanyak merasai bubur lambut di samping menguatkan lagi silaturrahim.