Saf Hadapan Wajar Dihargai

127

Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT – ‘Saf’ hadapan atau “Frontliners” yang memainkan peranan penting dalam menangani pandemik Covid-19 di seluruh negara wajar dihargai.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, beliau komited dalam memberi kesedaran kepada seluruh warga Malaysia dan Besut amnya.

“Saya menyeru kepada semua rakyat di Malaysia agar dapat mematuhi arahan dari pihak penguasa untuk tidak keluar rumah buat masa sekarang demi keselamatan dari wabak covid-19 ini,”ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyantuni anggota Polis dan Tentera yang berkhidmat mengawal pergerakan di jalanraya sekitar Besut pada Usnin 23 Mac.

Oleh itu, beliau juga berpesan kepada semua petugas di pusat kuarantin, supaya sentiasa menjaga keselamatan diri semasa bertugas.

“Anda semua adalah yang terbaik dan harapan saya semoga anda semua sentiasa dalam lindungan Allah dalam menjalankan amanah yang diberikan”,ujar beliau semasa lawatan ke pusat kuarantin di Intitut Perguruan Sultan Mizan dan Institut Latihan Islam Wilayah Timur (ILTIM) Besut.

Beliau juga turut menyumbang sedikit makanan untuk petugas-petugas sebagai tanda keperihatinan buat mereka.