Didik MCA Jangan Jadi Macam DAP

147

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Pendokong PAS di semua peringkat perlu berusaha gigih untuk mendidik MCA agar tidak bersikap seperti parti ‘cauvinis’ DAP.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh juga bertanya, jika kita (pendokong parti) boleh yakinkan segelintar rakyat bukan Islam untuk bersama kita melalui DHPP dan Gagasan Sejahtera, kenapa tidak pula pemimpin bukan Islam dari MCA?.

“Proses ini perlu berlaku dengan MCA, sepertimana ia berlaku dengan DAP suatu ketika dahulu.

“Jika senario lama berpendapat DAP berhak mengambil pendirian untuk tidak bersetuju dengan apa sahaja yang berkait-rapat dengan Islam, kerana tiada paksaan dalam Islam asalkan DAP tidak menyerang atau menghina Islam.

“Walaupun kita bersungguh-sungguh cuba mendidik DAP ketika bersama dalam satu pakatan politik agar mereka tidak menyerang atau menghina Islam, akhirnya kita mengambil pendirian tegas atas prinsip-prinsip ini, demi Islam kita tinggalkan DAP dan Pakatan Rakyat,” ujar beliau.

Menurut Ustaz Hazri lagi, soal pemerintahan negara dalam suasana masyarakat majmuk melalui sistem demokrasi yang ada memerlukan Muafakat Nasional untuk mengambilkira seluruh rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

“Junjungan Baginda Rasulullah SAW tidak pernah gopoh dan putus asa dalam langkah-langkah politik dan dakwahnya, kenapa kita pula, tidak istiqamah dan bersedia untuk mencontohinya pula,” soal beliau dalam suatu hantaran di Facebook awal pagi ini