Apabila Kuat, Bukan Islam Akan Tunduk

1683

Oleh : Adli Mohamad.

MARANG – Islam akan kembali kuat jika umatnya bersatu dan bukan penganutnya akan tunduk dan patuh kepada pemerintahan yang berasaskan pada kesatuan umat Islam tersebut.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, umat yang bersatu berjaya menjadi pemerintah sebagaimana Negara Madinah pada 1300 tahun dahulu.

“Orang bukan Islam tunduk dibawah pemerintahan Islam. Dimana kekuatannya terletak pada orang Islam yang bersatu bersama Islam.

“(tetapi) bila orang Islam meninggalkan ajaran Islam mereka berpecah sesama mereka, menjadi lemah dan jatuhnya Islam.

“(ia) menunjukkan bahawa kita di akhir zaman ini kalau nak balik menang semula, mestilah menyatukan orang-orang Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Solat Hajat dan Munajat di Masjid Rusila, semalam.

Menurutnya, sejarah negara Islam Madinah yang diketuai oleh Rasulullah, perlu menjadi iktibar dan rujukan dakwah yang diamalkan oleh penghulu para nabi itu.

“(dakwah Nabi) di Mekah kemudiannya ke Madinah, mereka menjadikan umat bersatu bersama dengan Islam, boleh memerintah Madinah dalam keadaan orang di Madinah itu bukan (semuanya) Islam.

“yang bukan Islam termasuklah yahudi Bani Qainuqa, bani Nadhir, bani Quraizah, termasuk juga orang-orang Arab yang belum masuk Islam, orang munafik, termasuk Kristian Najran.

“Kalau dicampur jumlah mereka besar, orang Islam lebih (terlalu), sedikit dari mereka (tetapi) orang Islam bersatu (dan) bukan Islam berpecah sesama mereka,” jelasnya.

Genap 103 Tahun Jatuhnya Kerajaan Uthmaniyah

Sehubungan itu, kata beliau, sudah genap 103 tahun, empayar Islam terakhir, kerajaan Uthmaniyyah telahb ditumbangkan dengan Revolusi Arab pada tahun 1916.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, Islam pernah melakar sejarah yang gemilang sehingga luas jajahan takluknya.

” Di timurnya alam Melayu (iaitu Nusantara), dibaratnya Afrika Barat, Selatan Eropah (negara) sepanyol dan portugal (dikenali) pada hari ini.

“Di utaranya Asia Tengah, di Selatannya Afrika Tengah, luasnya kerajaan Islam, “ujarnya.
Justeru dengan jatuhnya Khilafah Uthmaniyah, Islam menghadapi zaman kemerosotan, sehingga hari ini.
“Orang Islam hadapi zaman surut, dan akan tiba masanya Islam akan mengalami zaman pasang sebelum berlakunya kiamat.

” Yang penting kita mesti bersama dengan Islam, masa menang, masa kalah, masa pasang, masa surut kita akan tetap bersama Islam, “tegasnya.