Menyumbang Kepada Tabung Keamanan Rakyat Yaman

218

Saya menyeru kepada semua muslimin dan muslimat, tuan-tuan dan puan-puan, para dermawan yang dirahmati Allah sekalian agar marilah sama-sama kita menyumbang kepada ‘Tabung Keamanan Rakyat Yaman’.

Sekarang ini sedang diusahakan oleh beberapa buah NGO yang berada di Terengganu yang bertujuan manfaat rakyat Yaman.

Untuk pengetahuan saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian krisis kemanusiaan hasil daripada peperangan persaudaraan yang berlaku di Yaman sekarang.

Ia bermula daripada 2010 yang lalu dan kini masih lagi berlarutan sehingga sekarang.

Mengikut data yang kami dapat, daripada tahun 2015 sehingga 2017, tidak kurang daripada 50,000 yang telahpun mati disebabkan kerana kebuluran. 13,000 rakyat di Yaman yang telah terbunuh didalam insiden ini.

Lebih daripada 2.2 juta kanak-kanak yang berada di Yaman sekarang ini kekurangan zat makanan.

Ayuh marilah sama-sama kita membantu rakyat Yaman khusus kepada mereka yang berada di Wilayah Ta’iz dan juga Hudaidat.

Dengan bantuan kewangan untuk membuktikan persaudaraan kita bersama-sama dengan mereka.

Rasulullah S.A.W menyeru dan juga mengajak kepada seluruh umat islam untuk membantu sesiapa sahaja di kalangan umat islam yang ditimpa dengan kesusahan.

Bandingan seperti yang dinyatakan oleh Nabi S.A.W sepertimana bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin sepertimana satu anggota yang apabila satu anggota sakit, maka anggota-anggota yang lain juga turut rasa sakit.

Justeru, sekali lagi saya menyeru dan merayu kepada seluruh tuan-tuan dan puan-puan sekalian ayuhlah kita menyumbang berapapun kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Yaman yang diusahakan ini.

Mudah-mudahan Allah SWT memberkati dan merahmati serta melimpah-ruahkan rahmat dan rezeki kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Penolong Setiausaha PAS Terengganu/ ADUN Wakaf Mempelam
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan.