600 Ahli Baharu Bukit Besi

293
Dato' Haji Yahaya Ali menerima cenderahati daripada Ghazali Sulaiman

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Gerak kerja PAS yang efektif, menepati janji dan mesra rakyat telah menjadi faktor penyertaan 600 orang menyertai parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD), Haji Ghazali Sulaiman berkata pertambahan drastik itu memberi kekuatan baharu kepada PAS.

“Bulan November (tahun lepas) merupakan penyertaan tertinggi yang kita terima permohonan.

“Insya-Allah sasaran kawasan agar mencapai jumlah keahliaan baru seramai 500 orang dalam setahun di setiap DUN telah dapat dicapai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas Program Majlis Ramah Mesra bersama Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Dato’ Yahaya Ali, pada Sabtu 4 Januari.

Oleh itu, beliau menyerahkan soal peluang PAS untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kepada pimpinan.

“Yang penting kita akan teruskan gerak kerja kita dengan tugas yang telah diamanahkan tanpa mimikirkan imbuhan.

“(Juga) tanpa mengambil kira halangan mendatang,” ujar beliau.

Pada PRU 14 lalu, Haji Ghazali kalah tipis dengan mendapat 5,724 undi berbanding calon Barisan Nasional yang meraih 5,770 sokongan.