60 Orang Sertai PAS

8542
Zakaria menyerahkan borang keahlian PAS pada Ghazali Sulaiman.

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – 60 orang yang merupakan penduduk Kampung Minda menyertai PAS, menjadi bukti bahawa parti itu, diterima di Hulu DUNGUN.

Ketua Cawangan PAS Kampung Minda, Zakaria Maa’dan berkata diantara faktor pertambahan ahli itu adalah kerana kesedaran penduduk terhadap PAS.

“Mereka (Penduduk) semakin dapat menilai bahawa PAS sahaja yang mampu membela dan mengubah masyrakat hulu (Luar Bandar).

“Kerana PH dilihat tidak mampu membela ketuanan Melayu.

“Ditambah lagi, PAS dilihat tidak menipu rakyat, kerana itu telah banyak manifesto telah tertunai melalui kerajaan negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberi, setelah menyerahkan borang keahlian baru PAS kepada Pengarah MTD Bukit Besi, pada mesyuarat bulanan MTD di, Masjid Lama Jerangau, pada Rabu, 7 November.

Zakaria begitu menyakini dalam keadaan semasa, akan ramai lagi penduduk Minda yang akan menyertai PAS.

Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata kempen pertambahan ahli PAS di Kampung Minda diharap akan dapat dicapai juga di cawangan-cawangan yang lain.

“Dari kejayaan ini, kita akan terus maju ke hadapan dalam memastikan tercetus skala pertambahan ahli yang lebih besar lagi selepas ini.

“Bagi merealisasikan hasrat itu, kita akan aturkan pelbagai program pada masa terdekat di samping akan sentiasa melakukan ziarah kebajikan.

“Serta akan telus dalam memastikan apa jua manifesto yang telah ditunaikan oleh kerajaan negeri akan sampai kepada semua. Dengan konsep adil pengagihan, tiada yang ketinggalan.

“Saya optimis, Bukit Besi akan ditawan PAS pada PRU 15, insyaAllah,” tegas beliau