60 Orang Kurang Berkemampuan Terima Sumbangan

333

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Seramai 60 orang golongan yang kurang berkemampuan dari PAS cawangan Paloh menerima sumbangan keperluan dapur.

Isteri YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam
Dr Fadzilah Ismail berkata, barangan tersebut diagihkan untuk meringankan beban mereka.

“Alhamdulillah orang yang bersedekah pada Ramadhan ini berganda pahalanya dan kerana itulah ramai yang tampil bersedekah (untuk) membantu golongan yang kurang kemampuan.


“Semua perbuatan yang baik di ganjari pahala di bulan yang penuh barakah dan mendekatkan (lagi diri kita dengan Allah SWT,” jelasnya.

Beliau yang hadir mengantikan Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan di Surau Kuning Paloh, semalam, 10 Mei.

Sehubungan itu, Ketua cawangan Paloh Abdul Nasir Razak berkata, beliau berterima kasih kepada penyumbang yang menghulurkan sumbangan membantu golongan asnaf.

“Alhamdulillah ,banyak perkara baik yang wajar di praktikkan di bulan mulia ini antaranya bersedekah.

“Puasa mengajar kita untuk perbanyakkan amalan yang baik baik bagi merebut ruang pahala yang banyak di samping merehatkan sistem tubuh yang sudah setahun bekerja,” ujarnya.

Katanya, program sebegini merupakan program tahunan yang diadakan setiap tahun.