60 Orang Bakal Haji Dirai

360

Oleh: Abdul Hafiz Ghazali

KEMAMAN – PAS DUN Cukai meraikan seramai 60 orang bakal haji yang akan berangkat menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD) Cukai, Haji Hanafiah Mat berkata, beliau mendoakan agar mereka mendapat haji mabrur dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

“Sebagai tetamu Allah SWT, ambillah peluang sebanyak mungkin untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT,” katanya yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD) berkenaan, Ustaz Muhammad Nik Nasri Nik Malek.

Di majlis yang berlangsung di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN itu, di sini pada 14 Julai turut disampaikan cederahati dalam bentuk barangan dan wang tunai kepada mereka.

Seterusnya beliau berharap mereka
menjadikan tempat-tempat yang dilawati nanti akan benar-benar menginsafkan diri.

“Bahawa sahabat-sahabat terdahulu berjuang siang dan malam demi menegakkan Islam dan kerana Allah SWT,” ujarnya lagi.