60 Aktivis Dihargai

183

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Seramai 60 orang aktivis Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kurang berkemampuan menerima sumbangan sebagai menghargai pengorbanan yang mereka curahkan,

Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun terharu dengan inisiatif Muslimat dan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) membantu golongan tersebut.

“Sememangnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai yang kehidupan mereka terjejas dan sumbangan hari ini memang NGO Kasih Ramadan,

“Muslimat dan sambil dibantu Lajnah Kebajikan DUN hendak diberi kepada mereka yang selama ini membantu PAS walaupun hidup susah, ” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sumbangan Fakir Miskin Kasih Ramadan 6 di Masjid Kampung Pulau Serai di sini pada sabtu, 9. Mei lalu.

Pada program tahunan Muslimat DUN tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan yang berupa sumbangan barang dapur, wang tunai, sebekas kuih dan lauk untuk berbuka puasa.

Cikgu Alias turut membidas suara-suara sumbang yang memfitnah kerajaan Terengganu hanya mengagihkan peruntukan Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Menangani Kesan COVID-19 di kalangan orang-orang PAS sahaja.

“Tuduhan melampau itu tidak sepatutnya berlaku kerana kita tidak mengira politik penerima, sesiapa yang layak mendapat hak mereka dan di DUN Rantau seramai lebih 10.000 penerima telah menerimanya ,” katanya yang jelas kecewa dengan tohmahan membuta tuli itu.