Umno Gadai Tanah Rezab Melayu Kepada Bukan Islam

2054

Oleh: Shahril Aswad

HULU TERENGGANU – Umno kelihatan seperti hilang akal dan tidak mampu fikirkan masa depan orang melayu dan Islam sehingga sanggup menggadaikan harta dan maruah orang melayu kepada bukan islam akibat ketamakan dan kerakusan pemimpin umno.

Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Terengganu Haji Muhyidin bin Abdul Rashid berkata, selepas umno mengambil alih kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2004, umno telah menukar milik satu bidang tanah di hadapan pejabat pos Kuala Berang daripada tanah rezab melayu kepada tanah (FreeHold) bebas milik diberikan kepada syarikat milik cina penyokong DAP.

“Semua tanah di daerah Hulu Terengganu adalah rezab orang melayu, tapi malangnya orang umno tidak nampak ia sebagai aset hingga sanggup gadaikan kepada orang bukan islam” Ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Perdana Sempena Himpunan Harapan Rakyat-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.6 di Kampung Batu 24, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.

Tambahnya lagi syarikat tersebut telah membina satu bangunan empat tingkat dan 16 unit kedai yang berharga 1.5 juta untuk satu unit.

“Syarikat tersebut telah membahagikan lapan unit kedai kepada bukan islam manakala lapan lagi kepada pemimpin umno atau mungkin proksi umno”

“Buat bangunan yang setiap satu unit bernilai 1.5 juta 1 unit, siapa yang mampu beli? tanah ini bebas untuk dibeli sesiapa sahaja… kita tengoklah 1,2 tahun lagi siapa yang memiliki tanah ini”. Tambahnya lagi.

Hadir sama pada majlis itu, Naib Presiden PAS YB Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Azariza Mohd Alawi.