4800 Hektar Padang Ragut; Sepatutnya Lembu Tidak Berkeliaran

736

Rizab padang ragut ialah tanah rizab untuk kegunaan awam bagi maksud tujuan penternakan. Boleh ambil rumput atau masukkan ternakan tapi tak boleh dijadikan kawasan persendirian. Dengan makna lain, penternak kampung sekitar boleh pakat-pakat guna dan ambil manfaat.

Kalau berniat nak jadikan sebagai kawasan kegunaan persendirian, kena mohon pajakan dari Jabatan Veterinar. Pihak Jabatan akan majukan permohonan untuk pertimbangan pihak berkuasa negeri.

Tanah rizab padang ragut ialah tanah kerajaan yang diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dengan Pengarah Veterinar Negeri sebagai Pegawai Pengawal. Pemilik tanah ialah kerajaan, cuma dijaga oleh Pegawai Pengawal.

Di Terenggganu ada lebih 4800 hektar tanah dirizabkan sebagai padang ragut. Tak sampai separuh yang dimanfaatkan. Bakinya terbiar dan ada yang diceroboh dengan penanaman kelapa sawit.

Kerana itulah, bila timbul isu lembu berkeliaran di jalan raya kononnya tak ada tempat nak pelihara, ia agak pelik kerana kita ada sekitar 2800 hektar lagi rizab padang ragut yang belum digunakan.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat