400 Orang Petugas Parti DUN Bukit Payung Dirai

378

Oleh : Aziz Hambali
Foto oleh : Syafiq Syakirin

MARANG – Seramai 400 orang petugas parti PAS yang merupakan pemuda DUN Bukit Payung telah dirai sempena sambutan hari raya Aidil fitri semalam.

Ketua Pemuda PAS Bukit Payung, Ustaz Ahmad Buniyamin Razimin berkata, ia merupakan majlis tahunan yang diadakan pada setiap tahun.

Beliau juga menekankan kepada para petugas parti agar terus istiqomah dalam organisasi jemaah PAS.

“Kita sebagai pejuang agama Allah yang bekerja dalam Parti Islam Semalaysia PAS hendaklah terus istiqomah meneruskan legasi dakwah yang ditinggalkan oleh ulama terdahulu,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Kawasan Marang berkata demikian ketika ditemui semalam, Khamis, 27 Jun.

Menurutnya, majlis tersebut diadakan untuk menghargai petugas parti yang telah memberi komitmen tinggi dalam menjalankan tugas.

Selain itu juga, majlis yang disambut meriah ini juga adalah bagi mengeratkan silaturrahim antara pimpinan masyarakat peringkat DUN Bukit Payung dan memperkenalkan pimpinan pemuda DUN yang baru dan lama.

Turut hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Yusuf Abdul Hadi.

Majlis yang diadakan di Tapak Futsal, Kampung Bukit Permint Permai dihadiri oleh AJK Majlis Tindakan Dun (MTD), Hal Ehwal Wanita (HALWA), Ameerah, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Jabatan Amal, MPPK dan seluruh warga pemuda DUN Bukit Payung.