40 ‘Orang Lama’ Dihargai

273

SETIU – Seramai 40 orang warga emas disantuni pada bulan Ramadan bagi mengingati dan menghargai penglibatan sebahagian “orang lama” dalam jemaah PAS.

Timbalan Pengarah MTD DUN Batu Rakit, Ustaz Mohd Pauzi Muda berkata, sedikit sumbangan dihulurkan kepada golongan tersebut.

“Bantuan berbentuk barangan dapur diagih kepada lebih 40 orang yang terpilih meliputi seluruh cawangan yang ada dengan kerjasama dari Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Batu Rakit Care (BRC) berkata demikian ketika dihubungi pada semalam, 1 Mei.

Menurutnya, program BRC tersebut adalah acara tahunan bersama Muslimat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit.

Turut hadir ialah Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD), Ustaz Mohd Shafizi Ismail.

Pauzi menambah, program sumbangan Hari Raya untuk anak yatim akan diadakan pada 18 Mei nanti melibatkan kos sekitar 10 hingga 12 ribu ringgit.

Sehubungan itu, sesiapa yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkan bantuan kewangan di akaun Persatuan Cakna Masyarakat Mukim Batu Rakit, BIMB 13062010005732 bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Setiausaha BRC Saadon Othman di talian 0129543151.