40 Orang Kurang Berkemampuan Diraikan

278

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Seramai 40 keluarga kurang berkemampuan terdiri daripada ibu tunggal dan keluarga miskin diraikan dalam majlis berbuka buka puasa yang telah dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Kuala Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Hajah Zuraida Md Noor berkata, setiap keluarga itu juga diberikan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung.

” Alhamdulillah,bila datang Ramadan ramai yang yang berlumba lumba untuk menginfaqkan sedikit dari harta mereka untuk berkongsi rezeki Ramadan,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengarah Ameerah negeri Terengganu berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Iftar di Restoran Matahari pada hari Selasa, 14 Mei.

Menurutnya, program Madinah Ramadan yang diadakan di Padang Taman Awam, Batu Buruk, sepanjang bulan puasa disediakan juadah berbuka dan santapan rohani untuk orang ramai.

“Jika kita ingin berbuka di luar selama 30 hari pun boleh kerana Madinah Ramadhan menyediakan jamuan berbuka selama sebulan (dalam bulan) Ramadhan.

“Bahkan kita ada tazkirah dari pimpinan dan jugak selebriti serta semua orang dijemput hadir,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Hamzah Ngah berkata, setiap amalan yang wajib dilakukan pasti akan mendapat keberkatan.

“Terengganu maju ,berkat sejahtera adalah merujuk kepada perkataan berkat yang kita inginkan.

“Berkat jika rakyatnya menjaga amalan wajib iaitu solat.sesungguhnya jika kita menjaga solat pastinya Allah akan menjaga negeri kita,” katanya.

Kata beliau, seramai 150 orang tetamu hadir dalam program tersebut.