36 Sukarelawan Jahit PPE Dapat Insentif

306

KUALA TERENGGANU – Seramai 36 orang Muslimat Kawasan Marang yang mengasilkan set Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) diberi insentif sebagi saguhati bagi menghargai usaha murni mereka.

Ketuanya To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata, sedikit sumbangan ‘belanja raya’ itu telah disampaikan kepada mereka sebelum Aidil Fitri, minggu lalu.

“Semua petugas penghasilan PPE daripada empat DUN dalam kawasan Marang diberikan sedikit saguhati

“Sebenarnya jumlah sukarelawan adalah berperingkat, bermula 16 sehinggalah 36 orang semuanya” jelas beliau

Zarani yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu berkata demikian ketika dihubungi pada semalam.

Menurutnya, ‘hadiah’ kepada para petugas tersebut adalah dana daripada Dewan Muslimat PAS Marang terhadap penghasilan PPE bagi membatun barisan hadapan memerang pandemik Covid-19.

“Jumlah penghasilan PPE adalah 2000 set, untuk kasut, tudung, baju dan topi.

“Ada yang jahit satu set penuh dan ada buat set kasut sahaja campur dengan tudung dan lain-lain.Set penuh 1000 lebih,” tambahnya.