35 Atlet Terengganu ke Sukan Asia

1044

KUALA TERENGGANU – Sukan Asia Edisi yang Ke-18 pada tahun ini, diadakan di Palembang dan juga di Jakarta Indonesia yang dikenali sebagai ‘Jakarta Palembang 2018’, sedang berlangsung bermula pada 18 Ogos sehingga 2 September.

Pengerusi Jawantankuasa Pembangunan Belia , Sukan dan NGO , Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah menghantar seramai 35 atlet dan tujuh orang pegawai , 25 orang daripadanya adalah atlet lelaki dan 10 orang atlet wanita .

“35 orang atlet Terengganu ini akan mewakili negara untuk sukan seperti Berbasikal, Golf, Bola Jarring, Bola Tampar, Jimnastik , Lawan Pedang, Menembak,

Atlet Taekwondo Terengganu Di Persada Antarabangsa

“Ragbi Memanah, Olahraga, Squash, Pencak Silat, Perahu Layar, Taekwando, Hoki dan juga Sepak Takraw…….sebanyak 16 acara yang akan diwakili sebahagiannya oleh atlet Terengganu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Korban Perdana di Pusat Tarbiyyah PAS Dun Wakaf Mempelam, semalam 23 Ogos.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelamberharap agar atlet Terengganu itu akan beraksi dengan baik dan bersungguh-sungguh dalam mengejar sasaran.

“dan semoga atlet-atlet kita boleh menyumbang pingat sama ada emas , perak atau pun gangsa untuk negara Malaysia In Shaa Allah,” katanya.

Sehubungan itu, Ustaz Wan berkata, lima ekor lembu yang disembelih pada sebelah pagi, di serahkan pada 34 MPKK ( Majlis Perwakilan Komuniti Kampung)

“Alhamdulillah 5 ekor lembu telah di qurbankan pada pagi ini dan insyaAllah daging qurban ini akan di serahkan pada 34 MPKK untuk di agihkan di peringkat masing masing ,” jelasnya.