3, 903 Serta Raptai Perbarisan Hari Kebangsaan

792

KUALA TER5ENGGANU – Seramai 3,903 orang peserta telah menyertai raptai perbarisan sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-60, diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pagi ini.

Jumlah itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan , Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Haji Alias Bin Razak, melibatkan jabatan-jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri, syarikat korporat, kumpulan pengajian, kumpulan pancaragam dan badan-badan non-govermant organization (NGO).

Katanya, perbarisan sebenar pada 31 Ogos lusa, dijangka bermula pada pukul 7 sehingga 11.30 pagi dan bermula dari Stadium bersejarah itu dan berakhir di Taman Awam Batu Burok.

Katanya, ia adalah salah satu daripada penyertaan atau anjuran oleh kerajaan Terengganu bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2018.

“Dan yang menarik, majlis penyampaian hadiahnya akan disempurnakan oleh duli yang teramat mulia yang dipertuan muda Terengganu,

“Penglibatan yang melibatkan 84 pasukan kontigen dalam kategori bertanding manakala 18 kotigen yang tidak bertanding,

“Dan juga akan ada empat kategori kenderaan yang akan menyertai perarakan tersebut,”ujarnya .

Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hari Kebangsaan pada tahun ini berkata , sebanyak tujuh kategori akan dipertandingkan dalam acara perbarisan.

“antaranya ialah Jabatan kerajaan tidak beruniform , badan berkanun tidak beruniform , jabatan kerajaan, badan berkanun, IPT, swasta beruniform , swasta ‘Government Linked Companies (GLG), pancaragam sekolah, pasukan sekolah menengah beruniform dan pasukan sekolah menengah tidak beruniform,

“Kerajaan telah menyediakan hadiah wang tunai yang berjumlah RM68,500 bagi jumlah keseluruhannya,” jelas beliau.