230, 000 Pelajar PASTI Seluruh Negara

228

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Terdapat 230,000 orang pelajar PASTI di seluruh Malaysia dan sehingga kini pusat pendidikan prasekolah dibawah seliaan Pemuda PAS itu telah berjaya mengeluarkan lebih 100,000 orang pelajar.

Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, gerak kerja penubuhan PASTI sangat menakjubkan.

“Di Sabah banyak PASTI yang cantik-cantik, dua tingkat, berbeza dengan 10 tahun yang lalu, pada peringkat awal kita buka PASTI,

” Hanya ada lima atau enam orang (sahaja) kalau sampai 12 orang tu dah ramai dan nak sampai naik 20 orang tu memakan masa yang lama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan PASTI Aisyah Jalan Intan di sini pada 9 Januari.

Menyentuh perkembangan politik semasa, beliau berpendapat, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kimanis akan mengulangi kejayaan-kejayaan pada Pilihan Raya Umum lalu.

“Bagi PAS kita akan bekerja membantu calon BN dan kita berharap selepas PRK ini kita akan wujudkan PAS Kawasan dan cawangan-cawangan di sana,

“Setakat ini tiada penubuhan cawangan lagi tetapi responnya sangat positif dan kita beri fokus kepada pendidikan untuk kita cari tapak dulu sekurang-kurangnya kita boleh bina PASTI kita di Kimanis,” jelasnya yang menambah akan turun berkempen pada 15 Januari ini.