21 Perkara Hina Agama Zaman Kerajaan PH

942

Oleh : Adli Mohamad

Terdapat 21 perkara yang mencabar agama, perlembagaan dan kedaulatan di bawah era pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kronologi dan turutan peristiwa, ialah pada bulan Julai 2018, PH akan menjaga semua agama, namun sebaliknya yang berlaku apabila pada Ogos 2018 PH telah mencemarkan nama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dengan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender.

Pada September 2018 PH mempertikaikan hukuman sebat yang berlaku di Negeri Terengganu kepada pasangan lesbian di Terengganu yang telah mengemparkan negara.

Pada Oktober 2018, PH secara terang-terangan menyokong Oktoberfest dan pada Oktober itu juga telah dikeluarkan satu kenyataan dimana penguatkuasa agama dilarang untuk memeriksa premis tertutup terhadap isu khalwat, pada bulan yang sama juga turut mendukacitakan negara dimana rakyat bebas untuk murtad.

Manakala pada Disember 2018, aset Tabung Haji yang menguruskan kewangan orang Islam dilaburkan di bawah Kementerian dibawah Kementerian Kewangan.

Cabaran mengugatkan Agama Islam bersambung pula pada tahun 2019 dibawa pembukaan tahun 2019 rakyat Malaysia dikejutkan dengan isu salib di Negeri Pulang Pinang.

Siri menghina agama Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam diteruskan pula pada Februari 2019 dengan penghinaan gambar hina Rasulullah dan Isterinya Saidatina Aisyah.

Disebalik rancak mereka menghentam Islam dan menguriskan hati umat Islam dengan sewenang-wenangnya PAS yang menjadi satu-satunya parti politik untuk mempertahankan Islam telah dituduh Taliban, dan pada Mac 2019 juga telah berlakunya pembelaan terhadap LGBT yang dibawa dan diperjuangkan oleh Numan Afifi yang dibawa kepada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pada April 2019, kegilaan kerajaan PH semakin menjadi-jadi, dimana kad pengenalan yang memaparkan identiti Islam diusahakan untuk membuang perkataan Islam dengan beralasan ianya membawa kepada perkauman.

April 2019 juga menyaksikan adanya usaha dari kerajaan PH untuk membuka kedutaan Malaysia di Israel.

Tujuh perkara lain-lain lagi ialah kerajaan PH mempertikaikan keputusan Yang Dipertuan Agong (YDP) dan sultan, serta Raja Melayu.

Termasuklah tidak mengiktiraf Agama Islam sebagai agama persekutuan dan di Melaka, DAP dengan kurang ajarnya telah bertanya secara bertulis didalam Dewan Negara apa rasionalnya masjid dan surau dibina di setiap taman perumahan, Melaka Cental dan lain-lain kawasab di Melaka.

Kerajaan PH juga telah menyamakan pemberian duit raya dengan pemberian rasuah.

lebih menzahirkan sikap kurang ajar PH telah mengelarkan agama Islam sebagai kolot.

Penggunaan speaker pembesar suara pada azam subuh turut dipersoalkan kerana menganggu ketenteraman awam.

Lebih menambah kepiluan umat Islam apabila kematian Allahyarham Ustaz Harun Din yang merupakan ulama terulung didalam negara pernah mendapat penghinaan oleh kerajaan PH.

Kerana hal demikian, maka 4 Mei telah mengamit himpunan rakyat Malaysia bersolidariti mempertahankan kedaulatan Islam.