2000 Penduduk Nikmati Gulai Daging

286

KUALA TERENGGANU – Pusat Khidmat DUN Wakaf Mempelam berjaya memasak dan mengagihkan hampir 2,000 bekas gulai daging tempatan kepada penduduk.

Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengucapkan teima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tahunan itu.

“Alhamdulillah walau pun masih dalam tempoh PKP program memasak dan agihan dibuat memenuhi SOP PKP,

“Terimakasih kepada semua penyumbang. Semoga amalan anda dan kita semua diterima Allah,’ ujarnya semalam.

Beliau yang juga ADUN Kawasan itu berkata, agihan juadah istimewa pada bulan Ramadan ini akan menyusul.

“InsyaAllah berikutnya ialah agihan bubur lambut pada 4hb dan 6hb Mei 2020,

“Sumbangan dibuka pada semua. RM300 untuk satu periuk yang boleh menampong sehingga 250 bekas insyaAllah. Pm saya jika anda ingin menyumbang,” kata beliau.