200 ‘Murabitun’ Terima Sumbangan Raya

431

Oleh: Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN – Hampir 200 orang ‘murabitun’ Parti Islam Se-Malaysia(PAS) menerima sumbangan sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri(DUN) Cukai, Ustaz Ahmad Khairuddin Mohd Zaki berkata penerima yang terdiri dari golongan pemuda murobitun, anak yatim, fakir miskin, guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Ameerah di DUN tersebut.

” Setiap kali tibanya Ramadan, kita sememangnya mengadakan program ini, sebagai meraikan mereka yang banyak membantu PAS di DUN ini”, ujarnya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas selesai pengagihan sumbangan sempena “Program Nur Untukmu Ramadan” yang telah berlangsung selama dua hari bermula 19 Mei dan berakhir pada 20 Mei di sini.


Program anjuran Pemuda PAS DUN tersebut turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ramlan Haji Mahmood.

Beliau berterima kasih kepada semua pihak antaranya Yang Berhormat Haji Hanafiah Mat, Badan bukan Kerajaan (NGO) seperti Al-Azhar Care Malaysia dan pelbagai pihak yang telah menyumbang sebagai merealisasikan misi mereka.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka yang terputus bekalan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanakan sehingga kini,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Ketua Lajnah Kebajikannya, Safwan Badeli memaklumkan lebih RM20,000.00 telah dibelanjakan untuk menjayakan program tersebut.dan setiap daripada mereka menerima sumbangan berbentuk wang ringgit dan sekampit beras.

“Insya Allah, jika dipanjangkan umur, kita akan laksanakan lagi pada bulan Ramadan tahun hadapan dan dalam pelaksanaan yang lebih baik,” katanya.