17 Kerusi DUN, PAS Terajui Pahang

3440

KUALA KRAU – PAS Pahang mensasarkan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum kali ke-15 (PRU 15) untuk menerajui kerajaan negeri.

Ketua Penerangannya Hajii Hasanuddin Salim berkata, satu pelan tindakan telah dirangka untuk mencapai kemenangan tersebut.

“Sebanyak 17 Dun yang kita telah jangkakan ataupun kita fokuskan untuk kita capai kemenangan bagi mengambil alih pemerintahan Negeri Pahang dengan Dewan PAS Negeri Pahang,” jelasnya

Menurut beliau, dengan kerusi sebanyak itu, PAS Pahang akan dapat majoriti mudah (simple majoriti).

Oleh itu, kata Haji Hasanuddin, PAS Pahang telah menggerakkan strategi bagi mencapai maksud itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis prasmian Bengkel Pemberitaan Berkesan di Kompleks Tahfiz Al-Quran Al-Qaradawi , Kerdau pada Sabtu, 10 November.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan itu, telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya , Haji Md Jusuh Darus.

Seramai 80 peserta dari setiap DUN yang dimenangi PAS pada PRU-14 yang mengikuti Bengkel tersebut akan menjadi tenaga media bagi melaporkan aktiviti wakil-wakil rakyat PAS.

Pada PRU14 lalu, PAS merampas enam kerusi DUN daripada BN iaitu Tahan, Damak, Luit, Chenor, Panching dan Jengka selain berjaya mempertahankan Beserah serta Tanjung Lumpur.