167 Peserta Khatan Hanya Bayar RM10 Seorang

277

Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT – Seramai 167 kanak-kanak sekitar Kawasan Besut yang menyertai Majlis Khatan Perdana anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Besut 2019 hanya bayar RM10 seorang

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Dr. Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, ia sebagai yuran komitmen dan perbelanjaan lain ditanggung pejabat Penyelaras.

Oleh itu kata beliau, program tersebut akan dianjurkan setiap tahun.

“InsyaAllah, kita akan jadikan Majlis khatan ini sebagai program tahunan di peringkat Kawasan Besut bagi membantu penduduk sekitar Besut untuk menunaikan kewajipan ini.

“Kerajaan Negeri Terengganu akan terus cakna kepada rakyat agar rakyat terus mendapat hak mereka yang sepatutnya,” ujar beliau yang juga Pegawai Penyelaras Parlimen.

Memurutnya, majlis tersebut yang diadakan pada Jumaat 6 Disember juga adalah kali kedua diadakan di Kompleks Tahfiz Annur Besut

Program tersebut kata beliau, sepatutnya berlangsung pada 29 November lepas, tetapi ditangguh apabila banjir melanda.

Justeru itu, beliau melahirkan rasa gembira kerana ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka.