14 Buah Rumah Bantuan Kepada Rakyat Paka

2059

DUNGUN – Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka atau lebih dikenali sebagai ‘Markaz Ehsan’ telah membina 14 buah rumah bantuan penuh ‘Baiti Jannati’ dan membaik pulih puluhan yang lain.

Mantan Pengerusinya Haji Abdul Hamid Ismail berkata, organisasi tersebut yang telah ditubuhkan semenjak sebelum PAS memerintah negeri Terengganu.

Sejak itu, kata beliau, ia telah melaksanakan peranannya menjalankan aktiviti kemasyarakatan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka.

“Masa Perasmian Pusat Khidmat (itu) oleh Tuan Guru Abdul Hadi beliau namakan (ia) Markaz Ehsan, peranannya melaksanakan aktiviti kemasyarakatan,

“Buat rumah ‘Baiti Jannati’ kepada keluarga miskin yang tiada rumah atau (baiki) rumah (yang) sudah rosak teruk, lebih 14 buah kita dah buat (sejak) sebelum PRU13 hingga sekarang,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Selain itu, kata beliau, pusat tersebut juga megagihkan bantuan kepada fakir miskin setiap bulan dan pada Jumaat lepas.

 

Katanya, setiap bulan Ramadan dan sebelum Aidilfitri menjelang, Markaz Ehsan juga memberi sumbangan beras dan Wang tunai sebanyak RM100 setiap orang kepada golongan yang memerlukan.

Sehubungan itu, Penasihat Markaz Ehsam YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, Umno yang memerintah sekarang tidak memberikan dan menafikan peruntukan untuk wakil-wakil rakyat PAS.

Namun begitu, kata beliau, selaku parti yang bertanggungjawab PAS terus membantu rakyat yang telah memilihnya pada pilihan raya umum yang lalu.

“Walaupun kita tahu ketika Umno memerintah sekarang, peruntukan untuk para YB atau pun DUN yang dimenangi oleh pembangkang dinafikan hak untuk mendapat peruntukan bagi membantu rakyat,

“walaupun mereka dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya yang sah,

“ianya tidak memberi menjadikan alasan kepada ahli yang berhormat, ADUN dan kepemimpin PAS yang menghargai tanda (sokongan) kita mengucap terima kasih kepada rakyat yang memberi kepercayaan dan sokongan mengundi PAS pada pilihan raya yang lalu,” jelasnya.

Beliau berkata, PAS tetap membantu masyarakat dan rakyat yang memerlukan semampu yang boleh.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Terengganu itu menegaskan, PAS akan daapat meningkat kebajikan kepada rakyat sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang.

“antaranya dalam manifesto kita menjanjikan untuk menyediakan satu rumah kediaman yang merupakan satu kewajipan ataupun keperluan asas yang perlu disediakan oleh kerajaan,

“(sekarang ini) walaupun kita masih belum memerintah tapi kita berusaha untuk cuba memenuhi keperluan dan juga permintaan rakyat,

“nntuk DUN Paka kita sendiri sebenarnya banyak permintaan daripada kalangan golongan yang amat memerlukan untuk medapat penempatan ataupun tempat tinggal,” katanya.