120,000 Ahli PAS Akhir Tahun 2019

478

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Parti Islam SeMalaysia (PAS) Terengganu mensasarkan seramai 120,000 orang akan berjaya didaftarkan sebagai ahli parti itu di negeri ini sehingga akhir Disember 2019 nanti.

Ketua Penerangannya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menegaskan, untuk menjayakan hasrat itu, semua peringkat mestilah berusaha bersungguh-sungguh agar objektif tersebut dapat dicapai.

“Dengan suasana politik semasa, insyaAllah (ia) memberi ruang dan peluang kepada kita ke arah pencapaian itu”, ujarnya.

 

Beliau berkata demikian berkata ketika menyampaikan taklimat Kempen PAS Pilihan 2.0 di Darul Bayan, Paka di sini pada 7 Oktober.

Justeru itu beliau berkata, jentera PAS mestilah berusaha  berusaha keras bagi memastikan, dakwah dipertingkatan bagi agar empat orang ahli baharu didaftarkan pada setiap hari

“Giatkan usaha menambah ahli PAS secara besar-besaran bagi mencapai sasaran yang ditetapkan,” ujarnya.